PERTEMUAN RASMI BERMUZAKARAH DI ANTARA ABJAD MALAYSIA BERSAMA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM).

Pertemuan tersebut telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. ABJAD Malaysia diketuai oleh Yang Berbahagia, Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad Bin Haji Che Din, Yang Dipertua Persatuan Warga Melayu Malaysia merangkap Pengerusi Eksekutif Yayasan Angkatan Bina Jati Diri dan Yang Dipertua Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD (Asli) Jabat Kilat Malaysia manakala pihak JAKIM diketuai oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Wan Mohamad Bin Dato' Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Di antara perkara-perkara yang diperbincangkan ialah bagaimana untuk menangani masalah ajaran sesat dan pengamalnya serta penyelewengan dalam ilmu dan amalan di dalam masyarakat  Islam masa kini yang kebanyakkannya tanpa disedari bercanggah dengan pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

PROGRAM KERJASAMA ABJAD MALAYSIA DAN JAB. AGAMA ISLAM DAERAH MERSING MENGADAKAN PENERANGAN AJARAN  SESAT KEPADA IMAM-IMAM MASJID SELURUH DAERAH DI MASJID JAMEK DAERAH MERSING, JOHOR.

Ayahanda Tuan Guru Ustaz Hj Ahmad Bin Hj Che Din, YDP ABJAD MALAYSIA merangkap Guru Ijazah Pusat sedang memberi penerangan kepada Imam-imam sekitar daerah Mersing tentang penyelewengan kefahaman Aqidah yang berlaku didalam masyarakat Islam kini yang lebih 90% dari masyarakat tidak memahaminya dan tanpa disedari sedang berpegang dan beramal dengan ajaran-ajaran yang nyata kesesatannya.



MUZAKARAH BERSAMA DIANTARA ABJAD MALAYSIA DAN PEGAWAI-PEGAWAI JABATAN MUFTI DAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

YDP ABJAD MALAYSIA sedang memberi penerangan kaedah yang lebih tepat untuk mengenal pasti mereka-mereka yang berfahaman dan mengamalkan ajaran sesat samaada didalam Ilmu Persilatan, Kebatinan, Perubatan, Kerohanian dan lain-lain kepada pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor. turut hadir sama pada Muzakarah tersebut YB Sohibussamahah Dato' Hj. Nooh Bin Gadut Mufti Johor.



YDP ABJAD MALAYSIA, Tuan Guru, Ustaz Haji Ahmad Bin Haji Che Din bersama dengan YB Dato Haji Nooh Bin Gadut mantan Mufti Negeri Johor.(sekarang Penasihat MAIJ) di perkarangan Kompleks Jabatan Agama Islam Johor di Johor Bahru.



Picture
Ustaz Ibrahim Bin Hj. Mohd Salleh Pengerusi Abjad Malaysia Cawangan Johor bergambar bersama Sohibussamahah YB  Dato' Hj. Mohd Tahrir Bin Datuk Kiayi Hj. Shamsuddin Mufti Negeri Johor Darul Takzim ketika pertemuan Muzakarah di Pejabat Mufti Negeri Johor.



Picture
Ustaz Ibrahim Bin Hj. Mohd Salleh bergambar bersama
Ustaz Hj. Bahrin Bin Jalal Pegawai Tadbir Agama (Qhodi) Daerah Mersing (berbaju merah) ketika Program Perasmian Pejabat Urusan Abjad Malaysia Cawangan Johor 
di Alamat No 148 & 150 Jln Nenas 22 Tmn Kota Masai Pasir Gudang.





Picture
Ustaz Ibrahim Bin Hj. Mohd Salleh, Pengerusi ABJAD MALAYSIA Cawangan Johor bergambar bersama Ustaz Abdul Manas Bin Mohd Isa, Pegawai Tadbir Agama ( Qadhi ) Daerah Seremban, Negeri Sembilan.


PROGRAM KEMANTAPAN DAN KEPIMPINAN ABJAD MALAYSIA ANJURAN ABJAD CAWANGAN MELAKA DI HUTAN REKREASI SG UDANG, MELAKA.

Program tersebut dirasmikan oleh
YAB Dato' Haji Mohd Ali Bin Haji Mohd Rustam,
Ketua Menteri Melaka.



PROGRAM INTENSIF TARBIAH TAQLIBIAH SAUTHIAH WAL-QURAN BAHASA ARAB DAN FARDHU AIN DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI ASSALAM ABJADIAH SUNGAI PETANI, KEDAH.

ABJAD MALAYSIA telah menubuhkan Akademi Integrasi Muslim ABJADIAH di IPTAS, Bandar Amanjaya, 
Sungai Petani, Kedah. Gambar di bawah adalah diantara penuntut-penuntut yang telah berjaya menamatkan Pengajian Qiraat Al Quran dan menerima diploma daripada Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad Bin Haji Che Din, Pengerusi Eksekutif Akademi ABJADIAH merangkap YDP ABJAD MALAYSIA.

MAJLIS PERHIMPUNAN PEMUDA TAUHID DAN PENYAMPAIAN WATIKAH KEPADA BADAL GURU IJAZAH, GURULATIH, PEGAWAI TARBIYAH PENERANGAN DAN PENGAMAL PERUBATAN ISLAM.



PROGRAM MAULIDUR RASUL 1429 H DI PUSAT PENGAJIAN TINGGI ASSALAM, SUNGAI PETANI, KEDAH.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa program tersebut ialah Demonstrasi Silat, Perarakan, Tazkirah 
dan lain-lain lagi.

PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1429 HIJRAH DI MARKAS ABJAD MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN (NILAI)

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa program tersebut ialah majlis berbuka puasa, tazkirah, solat Tarawih dan lain-lain lagi.

LAWATAN MUHIBAH KE DARUL MUNAWARAH ABJAD MALAYSIA, CAWANGAN KEDAH UTARA DI SINTOK, KEDAH.



PROGRAM IJTIMAK QURBAN DI PUSAT PENGAJIAN TINGGI ASSALAM,
 SUNGAI PETANI, KEDAH. 



MAJLIS PERASMIAN PEJABAT URUSAN DAN GELANGGANG SILAT SERTA PENGAMBILAN AHLI BARU - ABJAD MALAYSIA CAWANGAN JOHOR

2 Nov 2008 (Ahad) - Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Ayahnda Tuan Guru Ustaz Hj. Ahmad Bin Hj. Che Din YDP ABJAD M'SIA. Dihadiri juga oleh En. Mahari Bin Kapoor, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Kota Masai merangkap Pengerusi Masjid At Taqwa, Taman Kota Masai.



PROGRAM IJTIMAK PEMUDA TAUHID PERINGKAT NEGERI JOHOR

Program tersebut telah di adakan pada 29 hingga 30 Disember 2007 bertempat di Kem Perigi Acheh, 
Pasir Gudang, Johor.

AHLI-AHLI ABJAD CAW. JOHOR MANGADAKAN LAWATAN MUHIBBAH KE PUSAT-PUSAT PENGAJIAN ABJADIAH

ketika mengadakan lawatan ke Pondok Lanai Baling Kedah.

PROGRAM IJTIMAK QURBAN DAN TAZKIRAH PENERANGAN PENGHAYATAN QURBAN

Program ini telah di jalankan bersama-sama penduduk setempat di Bukit Gambir, Muar, Johor 
pada 10 Disember 2008

MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD (ASLI) JABAT KILAT MALAYSIA (2090 PK) CAWANGAN JOHOR - DWI TAHUNAN KALI KELIMA SESI 2009-2011 

1 Feb 2009 (Ahad) - Mesyuarat ini telah diadakan di Dewan Pusat KRT, Zon Jalan Pelanduk, Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.

MENZIARAHI MAKAM SULTAN MUZAFFAR SHAH (I) DI SUNGAI PETANI KEDAH, BAGINDA ADALAH RAJA MELAYU PERTAMA MEMELUK ISLAM DI ASIA TENGGARA



PROGRAM GERAK TUMPU MPJBT, ZON TIRAM TIMUR

ABJAD cawangan Johor telah dijemput untuk membuat persembahan silat dalam majlis tersebut yang bertempat di Jalan Mawar, Kampung Oren, Ulu Tiram, Johor pada 30 November 2008.

MAJLIS PENGIJAZAHAN DAN PENERANGAN

Majlis Pengijazahan Dan Program Penerangan Perbezaan Ilmu Persilatan, Perubatan, Kebatinan, Kerohanian dll Yang Haq Dan Yang Bathil Menurut Perspektif Islam telah di adakan di Masjid At-Taqwa Taman Kota Masai, Pasir Gudang pada 7 Februari 2009. Majlis penerangan tersebut telah disampaikan oleh
Ustaz Ibrahim Bin Hj. Mohd Salleh, Pengerusi ABJAD MALAYSIA Cawangan Johor merangkap Badal Guru Ijazah.



MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL PENDUDUK TMN KOTA MASAI DI MASJID AT-TAQWA TAMAN KOTA MASAI

Program Perarakan dan Penyampaian Sijil Ujian Tahap Asas dan Tahap Satu ( Tali Pinggang Hitam) sempena Majlis Sambutan Maulidurrasul di Masjid At-Taqwa Taman Kota Masai pada 18 April 2009. Penyampai Sijil pada program tersebut ialah Ustaz Hj. Abdul Mutalib (Imam Besar Negeri Johor) yang merupakan penceramah undangan Sambutan Maulidur Rasul.


Picture
Ustaz Ibrahim Bin Hj. Mohd Salleh serta ahli-ahli ABJAD Malaysia Cawangan Johor bergambar bersama  Ustaz Abdul Mutallib, Imam Besar Negeri Johor (berjubah putih), En. Mahari Bin Kapoor Pengerusi Masjid At Taqwa,Taman Kota Masai (berbaju merah)  serta Imam Masjid At Taqwa  semasa program tersebut.


MESYUARAT AGUNG PUSAT 2009

Mesyuarat Agung Pusat yang berlangsung di Pusat Pengajian Tinggi Assalam, Sg Petani, Kedah. ABJAD cawangan Johor telah menghantar seramai 22 orang Perwakilan dan Pemerhati ke majlis tersebut pada 2 Mei 2009 yang lalu.



LAWATAN YANGBERBAHAGIA AYAHANDA TUAN GURU
USTAZ HAJI AHMAD BIN HAJI CHE DIN- YDP ABJAD MALAYSIA

Pada 8 Februari 2009 yang lalu ayahanda Tuan Guru bersama Setiausaha Agung Pusat Ustaz Zainuddin bin Hj.Othman telah mengadakan lawatan ke Pejabat Urusan ABJAD cawangan Johor.

MAJLIS USRAH DAN MUZAKARAH FARDHU AIN BERSAMA PENDUDUK-PENDUDUK JALAN NENAS 22, TAMAN KOTA MASAI, PASIR GUDANG.

Picture



KUNJUNGAN MUHIBAH KE MARKAS ABJAD MALAYSIA  CAWANGAN PAHANG TIMUR DI PANCHING, KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.



PROGRAM ZIARAH DAN TAZKIRAH ABJAD MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU DI KG. SURA, DUNGUN. TERENGGANU.

 

PROGRAM KEMBARA MERDEKA ABJAD MALAYSIA BERSAMA PEKIDA MALAYSIA
 DI SELAMA, PERAK.

Picture
Ganbar bersama diantara Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad Bin Haji Che Din Yang Dipertua ABJAD MALAYSIA dengan Paduka Ayahanda Tuan Haji Daud Bin Abdul Wahab Penasihat Pengerusi-Pengerusi Tok-Tok Ayah PEKIDA MALAYSIA. Kedua-dua mereka adalah anak murid kepada Al-Marhum Tuan Guru Syeikh Mahmud Nasri Osmani


PROGRAM TAZKIRAH, MUZAKARAH & PERASMIAN GELANGGANG BARU ABJAD MALAYSIA CAWANGAN JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT DAN PONTIAN, DI KG. PARIT LAPIS SG. AYAM, BATU PAHAT, JOHOR.

Majlis Tazkirah, Muzakarah dan Perasmian gelanggang baru tersebut telah dirasmikan oleh
Ybhg Ustaz Ibrahim Bin Hj. Mohd Salleh-Badal Guru Ijazah merangkap Pengerusi ABJAD MALAYSIA Cawangan Johor. Hadir sama Ust. Ady Bin Mohd Ali-Gurulatih merangkap Timb. Pengerusi Abjad Malaysia Johor, Cg. Remy Bin Mudaker-Setiausha, AJK dan Ahli-ahli Abjad Malaysia Johor. Turut hadir pada Program tersebut ialah En.Sukor Bin  Abdul Rahman- Pengerusi Pekida Johor, En.Syed Jaafar Bin Syed Ali -Setiausaha Pekida Bt. Pahat, En.Nawawi Bin Beran-Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Pekida Bt. Pahat, En.Abdullah Bin Mohamed-Abang Long Pekida Daerah Muar, En. Kamisan Bin Sariban-Ketua Pekida Kampung Lapis, Sungai Ayam, Bt. Pahat, Ayahanda Basri Bagi Daerah Bt. Pahat Dan Pontian serta  ahli-ahli Pekida Daerah Batu Pahat dan Pontian.

PROGRAM ZIARAH DAN TAZKIRAH ABJAD MALAYSIA CAW. PAHANG
DI CHALET NELAYAN KG. JAWA ENDAU ROMPIN PAHANG D. MAKMUR


Majlis tersebut telah di Rasmikan oleh YAB Dato' Sri Hj. Adnan Bin Hj. Yaakob- Menteri Besar Pahang diwakili oleh YB Dato' Hj. Mohd Sahfri Bin Abd Aziz-Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan & Badan-Badan NGO-(EXCO) Negeri Pahang. Turut hadir sama Ybhg Dato' Abd Rahim Bin Dato' Hj. Ibrahim-Ahli Majlis Daerah Rompin, Dato' Hj. Mokhtar Bin Mat Salleh-Bendahari KOSMA Negeri Pahang.

MAJLIS TAZKIRAH SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN 1430 HIJRAH 
ABJAD MALAYSIA CAWANGAN JOHOR.

Program tersebut telah diadakan pada 16 Ogos 2009 (Ahad) 8.30 malam di Markas ABJAD MALAYSIA Cawangan Johor. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut ialah Tazkirah, penyampaian slip keputusan Ujian Silat kepada pesilat-pesilat Gelanggang Jalan Nenas 12, Taman Kota Masai, Pengijazahan dan lain-lain lagi.

MAJLIS ZIARAH, TAZKIRAH DAN IHYA RAMADHAN 
CAWANGAN SEBERANG PERAI, PULAU PINANG.

Program tersebut telah diadakan pada hari Sabtu 29 Ogos 2009 bertempat di Surau Al-Usrah (Surau Dalam), Kubang Hulu, Penanti, Kubang Semang, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut ialah majlis tazkirah, majlis berbuka puasa, persembahan silat, solat Tarawih berjemaah dan lain -lain lagi.

PROGRAM IHYA RAMADHAN ABJAD MALAYSIA, CAWANGAN JOHOR.

Program tersebut telah diadakan pada hari Sabtu 12 Sept 2009 di Markas ABJAD MALAYSIA Cawangan Johor. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut ialah majlis berbuka puasa, tazkirah, solat tarawih berjemaah, Qiamullail dan lain-lain lagi.

PROGRAM MARHABAN AIDILFITRI BERSAMA PENDUDUK-PENDUDUK JALAN NENAS 22, TAMAN KOTA MASAI



MAJLIS TAZKIRAH ABJAD MALAYSIA CAWANGAN JOHOR 
DI KILANG YPJ PALM INTERNATIONAL SDN BHD, 
KAWASAN PERINDUSTRIAN TG. LANGSAT, P.GUDANG



MAJLIS ZIARAH & TAZKIRAH ABJAD MALAYSIA CAWANGAN 
NEGERI SEMBILAN

Program tersebut telah diadakan pada 24 Oktober 2009 (Sabtu) bertempat di Dewan Abjad Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di alamat No. 03 Simpang Tiga, Kg. Kondok, Nilai. Program tersebut telah dirasmikan oleh 
YB Dato' Hj. Hashim Bin Rusdi, ADUN Kawasan Labu merangkap Exco Kerajaan Negeri Sembilan. Turut hadir pada program tersebut ialah Ustaz Abdul Manas Bin Mohd Isa, Pegawai Tadbir Agama ( Qadhi ) Daerah Seremban, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut ialah majlis tazkirah, demonstrasi silat dan lain-lain lagi.

PROGRAM GOTONG-ROYONG QURBAN DI MASJID AT-TAQWA, 
TAMAN KOTA MASAI PADA 28 NOV 2009.



PROGRAM MAAL HIJRAH 1431 H 
DAN PENYAMPAIAN SIJIL UJIAN PERINGKAT LATIHAN SILAT

17 DIS 2009 (KHAMIS)- Majlis Penyampaian Sijil Ujian Silat -Tahap Asas, Tahap Satu, Tahap Dua dan Tahap Tiga sempena Program Maal Hijrah 1431 H di Masjid At-Taqwa, Taman Kota Masai, Pasir Gudang. Seramai 80 orang pesilat lelaki dan perempuan (kanak-kanak, remaja dan dewasa)  dari Gelanggang Jalan Nenas 12, Taman Kota Masai menerima sijil tersebut. Penyampaian sijil telah dilakukan oleh Tuan Imam Ustaz Roslan Bin Ibrahim penceramah undangan program, turut hadir pada Majlis tersebut En. Mahari Bin Kapor Pengerusi Masjid, 
Tuan Imam Hj. Zainol dan Imam Mishad serta AJK Masjid At-Taqwa.

11 April 2010 (Ahad) - Sambutan Maulidur Rasul 1431 H di Masjid At Taqwa Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.


20 Mac 2010 (Sabtu) - Program Ziarah Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad Bin Haji Che Din Bersama Ahli-Ahli ABJAD Cawangan Johor.


1 Mei 2010 ( Sabtu ) - Program Ziarah Dan Tazkirah ABJAD MALAYSIA Cawangan Johor


PROGRAM KEUSAHAWANAN  BERSAMA DATO' MALEK NOOR - DUTA PRODUK (BEKAS JAGUH BINA BADAN NEGARA) ANJURAN SHAMELIN BINA SDN BHD 
ANAK SYARIKAT KOPERASI SHAMELIN BERHAD (100 % MILIK BUMIPUTERA)

22 DIS 2009 (SELASA)- Program tersebut telah diadakan di Hotel Selesa, Pasir Gudang. Sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan tersebut, sila hubungi : Ustaz Ibrahim Bin Hj Mohd Salleh (012-7756040)

24 Julai 2010 (Sabtu)- Tamrin Kefahaman Dan Kepimpinan Warga Melayu Zon Selatan 
(Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka & Johor) di Markas ABJAD Cawangan Negeri Sembilan.

Google Analytics,Yahoo Analytics