30 DIS 2012 ( AHAD ) - JEMPUTAN DEMONSTRASI SILAT DAN MUAY THAI SEMPENA PROGRAM FIESTA GET 2GATHER DI DATARAN BANDARAYA
JOHOR BAHRU, JOHOR.
6 Okt 2012 (Sabtu) - Demonstrasi Silat Oleh Pesilat PGSSAAJKM Cawangan Johor (Gelanggang SK Taman Johor Jaya 1)
Sempena Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-16 / 2012
Bergambar bersama Ahmad Nazirul Mubin Bin Mansur - Pesilat ABJAD Cawangan Johor yang mewakili Malaysia ke Pertandingan Pencak Silat Sekolah-Sekolah ASEAN di Surabaya, Indonesia pada 26 Jun - 6 Julai 2012. Pada pertandingan tersebut beliau telah memperolehi pingat perak (Tempat Ke-2). Semasa Pertandingan Pencak Silat Sekolah-Sekolah ASEAN Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur, beliau telah memperolehi pingat emas sekaligus dinobatkan sebagai permain terbaik dan terpilih menjadi wakil Malaysia ke Pertandingan Pencak Silat Sekolah-Sekolah ASEAN di Surabaya, Indonesia.
19 Mei 2012 (Sabtu) - Pertandingan Silat Seni Sekolah-Sekolah Daerah Pasir Gudang 2012 Di Dewan Gemilang SK Taman Kota Masai 2, Pasir Gudang, Johor.
PGSSAAJKM Cawangan Johor Gelanggang SK Taman Johor Jaya1 menghantar beberapa orang pesilat ke pertandingan tersebut dan memperolehi tempat ke-3 bagi kategori Seni Tempur.
3 April 2012 (Selasa) - Majlis Perasmian Pusat Latihan Kelab
Muay Thai Johor Di Taman Perling, Johor Bahru.
24 Mac 2012 (Sabtu) - Kejuaraan Silat Seni Asli Peringkat Negeri Johor Di Dewan Terbuka Universiti Tun Hussein Onn (UTHM)
Parit Raja, Johor 2012 Anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, UTHM Dan PESAKA Negeri Johor.

Pesilat dari ABJAD Malaysia Cawangan Johor telah memenangi pingat perak bagi kategori " Tempur Bersenjata "