KONVENSYEN KEJURULATIHAN DAN PENTAULIAHAN PERINGKAT KEBANGSAAN (TAHAP 1).
Program tersebut telah diadakan di Gunung Jerai, Kedah selama 3 hari 2 malam. ABJAD MALAYSIA Cawangan Johor telah menghantar seramai 23 orang peserta bagi menyertai program tersebut. Antara aktiviti yang diadakan di sini ialah Latihan silat, Pengisian Rohani, Ceramah, Bengkel, Tazkirah, Uzlah dan lain-lain lagi.
Ustaz Haji Idris Bin Haji Mahmud, Naib Yang DiPertua ABJAD MALAYSIA sedang memberi Tazkirah kepada peserta konvensyen di Padang Tok Syeikh, Puncak Gunung Jerai, Kedah.