2 Dis 2011 ( Jumaat ) - Pembukaan Rasmi Gelanggang Taman Scientex,
Pasir Gudang.
Pasir Gudang.
27 Nov 2011 ( Ahad ) - Pendaftaran Ahli Baru Gelanggang Taman Scientex & Majlis Berkhatan 2011 Di Pusat KRT, Zon Jalan Pelanduk, Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.
19 Nov 2011 ( Ahad ) - Persembahan Silat Sempena Program Berkhatan Anak-anak Penduduk Taman Scientex Di Pusat KRT Zon Jalan Pelanduk, Pasir Gudang.
28 hingga 30 Okt 2011 (Jumaat hingga Ahad) - Pertandingan Pemilihan Pelapis SUKMA Siri Ke-2 / 2011.
Pertandingan tersebut telah diadakan di Dewan Terbuka Akademi Serantau MSNJ, Larkin, Johor Bahru. Seramai 9 orang pesilat remaja PGSSAAJKM Cawangan Johor Gelanggang Taman Kota Masai terlibat menyertai pertandingan tersebut.
17 Julai 2011 (Ahad) - Kunjungan Muhibah Ke Majlis Peningkatan Bengkong Dan Pertabalan Guru Persatuan Seni Silat Seligi Tunggal Negeri Johor Di Dewan Raya Kg. Pok, Gelang Patah, Johor.
Program Tersebut Telah Dirasmikan Oleh Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Aziz Bin Haji Sapian - ADUN Nusajaya.
10 Julai 2011 (Ahad) - Persembahan Silat Serta Penyampaian Sijil & Medal Kepada Pesilat-Pesilat Sempena Majlis Penutup Program Juara Rakyat Di SMK Taman Kota Masai 2, Pasir Gudang.
Program Juara Rakyat bersama ADUN Tiram YB Datuk Hj. Maulizan Bin Bujang. Seramai 80 orang pesilat ABJAD telah menyertai persembahan silat tersebut. Pada program tersebut YB Datuk juga telah menyampaikan sijil & medal kepada para pesilat yang telah berjaya memenangi Pingat Emas, Perak dan Gangsa dalam pertandingan silat olahraga kategori remaja peringkat negeri dan peringkat kebangsaan.
26 hingga 29 Mei 2011 - Kejuaraan Pencak Silat Pemilihan Remaja Kebangsaan & Pemilihan Bakat Sukma Peringkat Negeri Johor 2011 Di The ZON Mall, Stulang, J.Bahru.
Pada pertandingan tersebut, seorang pesilat telah memenangi pingat emas dan 4 orang pesilat memenangi pingat gangsa. Pesilat yang memenangi pingat emas iaitu Ahmad Nazirul Mubin Bin Mansor telah mewakili negeri Johor ke Pertandingan Remaja Kebangsaan di Bukit Serindit, Melaka pada 3 - 7 Jun 2011.
29 April 2011 (Jumaat) - Majlis Perasmian Gelanggang Baru Di Perkarangan Surau Al Mukmin, Jalan Hulubalang 10, Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), Skudai, Johor Bahru.
Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Ustaz Ibrahim Bin Hj. Mohd Salleh-Pengerusi ABJAD MALAYSIA Cawangan Johor merangkap Pengerusi Perhubungan Persatuan Warga Melayu Malaysia Negeri Johor. Turut hadir ke majlis tersebut ialah En. Yusuf Bin Shafie-ketua UMNO Cawangan Hulubalang TUTA, Ustaz Edy Bin Mohd Ali-Timbalan Pengerusi ABJAD MALAYSIA Cawangan Johor, En. Samad Bin Atan-Naib Pengerusi 1 PERKASA Johor, SM Norliza Binti Ujang-Ketua Balai Polis TUTA, Mohd Hasrulrizal Shah Bin Hassan-Inspektor Cawangan Khas Balai Polis TUTA dan lain-lain lagi. Majlis diakhiri dengan pertunjukan demonstasi silat oleh pesilat-pesilat dari cawangan gelanggang daerah Ledang dan Pontian iaitu seramai 50 orang.