2 NOV 2008 (Ahad)
Majlis Perasmian Pejabat Urusan ABJAD MALAYSIA Cawangan Johor dan Gelanggang Silat serta Pengambilan Ahli Baru di 148 & 150, Jalan Nenas 22, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor. Program tersebut dirasmikan oleh Ustaz Hj Ahmad Bin Hj Che Din YDP ABJAD MALAYSIA. Turut dihadiri oleh En. Mahari Bin Kapoor, Pengerusi Persatuan-Persatuan Penduduk Taman Kota Masai merangkap Pengerusi Masjid At Taqwa, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.
8 NOV 2008 (Sabtu)
Pembukaan Rasmi Gelanggang Baru PGSSAAJKM Cawangan Johor di Gelanggang Awam, Jalan Nenas 12 (belakang Tabika KEMAS), Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor. Latihan silat dijalankan setiap hari Sabtu malam Ahad selepas solat Isyak.
30 Nov 2008 (Ahad)
Demonstrasi Silat sempena Program Gerak Tumpu, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Zon Tiram Timur di Jalan Mawar, Kg. Oren, Ulu Tiram, Johor anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon Kg. Oren, Ulu Tiram. Program bermula jam 8.00 pagi.
10 DIS 2008 (Rabu)
Program Ijtimak Qurban ABJAD MALAYSIA Cawangan Johor di Balairaya Sengkang Batu 19, Bukit Gambir, Muar, Johor. Program bermula jam 2.00 petang (selepas solat zohor).
10 DIS 2008 (Rabu)
Mesyuarat AJK Kali ke-3, PGSSAAJKM Cawangan Johor di Balairaya Sengkang Batu 19, Bukit Gambir, Muar, Johor. Mesyuarat bermula jam 5.30 petang.
14 DIS 2009 (Ahad)
Menghadiri Mesyuarat Agong Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Johor di Hotel Pelangi, Jalan Buluh Kasap, Segamat, Johor. Seramai 6 orang perwakilan dari PGSSAAJKM Cawangan Johor menghadiri mesyuarat tersebut.
22 JAN 2009 (Khamis)
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Warga Melayu Malaysia Daerah Johor Bahru di Pejabat Urusan ABJAD MALAYSIA Cawangan Johor 148 & 150, Jalan Nenas 22, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor. Mesyuarat bermula jam 9.30 malam (selepas Khatam Al-Quran)
1 FEB 2009 (Ahad)
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Sesi 2009-2010 Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD (Asli) Jabat Kilat Malaysia (2090 PK) Cawangan Johor akan diadakan pada 1 Feb 2009 (Ahad) jam 10.00 pagi di Dewan Pusat KRT, Zon Jalan Pelanduk, Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor. Semua ahli dijemput hadir.
7 FEB 2009 (Sabtu)
Majlis Pengijazahan dan Program Penerangan Perbezaan Ilmu Persilatan, Perubatan, Kebatinan, Kerohanian Yang Haq dan Yang Sesat Menurut Perspektif Islam. Program ini akan diadakan pada 7 Feb 2009, jam 8.30 malam bertempat di Masjid At Taqwa, Taman Kota Masai, Pasir Gudang. Semua pesilat, ibu bapa/penjaga serta muslimin muslimat dijemput hadir. Penceramah Program Penerangan disampaikan oleh Ustaz Ibrahim Bin Hj. Mohd Salleh - Pengerusi ABJAD Malaysia Cawangan Johor merangkap badal Guru Ijazah.
7 Feb 2009 (Sabtu)
Demonstrasi Silat oleh pesilat-pesilat PGSSAAJKM Cawangan Johor di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru sempena Kejohanan Olahraga Kali ke-13 SK Taman Johor Jaya 1. Pogram bermula jam 8.00 pagi. Seramai 18 orang pesilat terlibat pada program tersebut.
8 Feb 2009
Lawatan Tuan Guru Ustaz Hj Ahmad Bin Hj Che Din YDP ABJAD MALAYSIA dan Ustaz Zainuddin Bin Othman Setiausaha Agung ABJAD MALAYSIA ke Pejabat Urusan ABJAD Cawangan Johor di alamat 148 & 150, Jalan Nenas 22, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.
14 FEB 2009 (Sabtu)
Program Ujian Tahap Asas dan Tahap 1 bagi pesilat-pesilat Gelanggang Jalan Nenas 12, Taman Kota Masai, Pasir Gudang akan diadakan bermula jam 8.30 malam (selepas solat Isyak) di Gelanggang Taman Kota Masai.Seramai 120 orang pesilat terlibat pada program tersebut.
28 MAC 2009 (Sabtu)
Demonstrasi Silat oleh pesilat-pesilat Gelanggang Sekolah Menengah Agama Al Quran Waddin, Johor Bahru sempena Mesyuarat Agung PIBG. Program bermula jam 8.00 pagi.
4 APRIL 2009 (Sabtu)
Menghantar 3 orang pesilat mengikuti Kursus Silat Johor di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA) daerah Johor Bahru
5 APRIL 2009 (Ahad)
Demonstrasi Silat Sempena Program Karnival Sukan, Jalan Kuini, Taman Kota Masai, Pasir Gudang anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Jalan Kuini.Program bermula jam 8 pagi. Seramai 25 orang pesilat terlibat pada program tersebut.
12 APRIL 2009 (Ahad)
Menghadiri Mesyuarat Persiapan Akhir Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor. Mesyuarat diadakan di Masjid At Taqwa, Taman Kota Masai jam 9.00 malam. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Mahari Bin Kapoor, Pengerusi Masjid.
17 APRIL 2009 (Sabtu)
Majlis gotong-royong di Masjid At-Taqwa, Taman Kota Masai, Pasir Gudang.Gotong-royong bermula jam 4.30 petang (selepas solat asar-sembelih lembu) hingga malam sempena Program Maulidur Rasul Peringkat Taman Kota Masai, Pasir Gudang.
18 APRIL 2009 (Ahad)
Program Perarakan dan Penyampaian Sijil Ujian Tahap Asas dan Tahap 1 bagi pesilat-pesilat Gelanggang Taman Kota Masai sempena Sambutan Maulidur Rasul di Masjid At-Taqwa, Taman Kota Masai. Program Berarak bermula selepas solat Asar (4.30 petang), semua Ahli ABJAD berkumpul di Masjid At-Taqwa, Taman Kota Masai. Program Ceramah Maulidur Rasul bermula selepas solat Isyak. Penyampaian sijil bermula jam 10.30 malam (selepas ceramah) Penceramah Maulidur Rasul dan penyampai sijil ialah Ustaz Abdul Mutalib ( Imam Besar Negeri Johor)
2 Mei 2009
Mesyuarat Agung Pusat di Pusat Pengajian Assalam, Sungai Petani, Kedah.Semua ahli dijemput hadir.
17 Mei 2009 (Ahad) 8.00 pagi
Gotong Royong membina Madrasah di markas PGSSAAJKM Cawangan Johor di 148 & 150, Jalan Nenas 22, Taman Kota Masai, Pasir Gudang bermula dari tarikh tersebut..Semua ahli dijemput hadir. Ahli-ahli yang ingin membuat sumbangan (infaq) berupa wang ringgit, bolehlah berhubung dengan En. Mohd Idris Bin Kamis (Jef)-Bendahari Pertubuhan( Tel: 012-7243940) .Semoga pengorbanan anda mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.
23 Mei 2009 (Sabtu)
Demonstrasi Silat oleh pesilat-pesilat Gelanggang Taman Scientex, Pasir Gudang sempena Majlis Perasmian Dewan Pusat KRT Taman Scientex, Pasir Gudang.Program bermula jam 8.30 malam (selepas solat Isyak). Jemput Hadir
28 Mei 2009 (Khamis)
MAKLUMAN : Madrasah di Pejabat Urusan ABJAD MALAYSIA Cawangan Johor telah siap dibina dan boleh digunakan untuk program Khatam Al Quran dan sebagainya, yang mana Madrasah tersebut boleh memuatkan 150-200 orang jemaah. Terima Kasih tak terhingga kepada para ahli yang bertungkus lumus bergotong royong menyiapkan Madrasah tersebut. Semoga sumbangan tenaga dan wang ringgit yang dicurahkan mendapat kerahmatan dan keberkatan di sisi Allah s.w.t. Jemput hadir untuk Majlis Khatam Al Quran setiap malam jumaat.
30 Mei 2009 (Sabtu)
Demonstrasi Silat oleh pesilat-pesilat Gelanggang SK Taman Johor Jaya 1 sempena Program Sambutan Hari Guru anjuran KRT Jalan Bakawali, Taman Johor Jaya, PIBG SK Taman Johor Jaya 1 dan Majlis Guru/Staf (MGS) SK Taman Johor Jaya 1 di Jalan Bakawali 13, Taman Johor Jaya, Johor Bahru. Program bermula jam 8.00 pagi. Jemput hadir.
7 Jun 2009 (Ahad)
Demonstrasi silat sempena Program Gerak Kemas anjuran Ahli Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) Zon Taman Scientex di Padang Rekreasi Fasa Amanpuri, Taman Scientex,Pasir Gudang pada hari Ahad 7 Jun 2009 jam 8.30 pagi. Program tersebut akan dirasmikan oleh Dato' Mohamad Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang.
Semua ahli dijemput hadir.
Semua ahli dijemput hadir.
18 JUN 2009 (Khamis)
Majlis Usrah dan Fardhu Ain bersama penduduk-penduduk Jalan Nenas 22, Taman Kota Masai akan diadakan pada hari Khamis malam Jumaat ini jam 8.00 malam di Pejabat Urusan ABJAD MALAYSIA Cawangan Johor, No 148 & 150, Jalan Nenas 22, Taman Kota Masai. Semua ahli ABJAD Gelanggang Tmn Kota Masai dan penduduk-penduduk Islam Jalan Nenas 22 serta ahli keluarga dijemput hadir pada program tersebut. Program bermula selepas solat Isyak berjemaah
3 dan 4 JULAI 2009 (Jumaat dan Sabtu)
Majlis Tazkirah dan Ziarah ke ABJAD Malaysia Cawangan Terengganu akan diadakan pada 3 dan 4 Julai 2009 (Jumaat dan Sabtu) ini di Surau Kg Sura, Hujung Dungun,Terengganu.Program bermula jam 3 petang (3 Julai 2009-Jumaat).Kami ABJAD MALAYSIA Cwg Johor (Tmn Kota Masai) akan bertolak pada hari Khamis malam Jumaat (selepas Khatam Al Quran) atau Jumaat pagi. Sesiapa yang berminat untuk ke sana, bolehlah hubungi En. Reymie 012-7641655. Sekian Terima Kasih.
3 Julai 2009 (Jumaat)
Pertandingan Silat Seni Sekolah-Sekolah daerah Johor Bahru akan diadakan di SMK Gelang Patah, Johor Bahru pada 3 Julai 2009 (Jumaat). Pihak PGSSAAJKM Cawangan Johor akan menghantar 6 orang pesilat (3 lelaki dan 3 perempuan) dari Gelanggang Sek Men Agama Al Quran Waddin ke pertandingan tersebut .Pertandingan bermula jam 8.30 pagi.Jemput hadir.
7 Julai 2009 (Selasa)
Pertandingan Silat Seni Sekolah- Sekolah daerah Pasir Gudang akan diadakan di SK Taman Kota Masai 2, Pasir Gudang pada 7 Julai (Selasa). Pihak PGSSAAJKM Cawangan Johor akan menghantar 6 orang pesilat (3 lelaki dan 3 perempuan) dari Gelanggang SK Taman Johor Jaya 1 dan 3 orang pesilat (lelaki sahaja) dari Gelanggang SMK Taman Mount Austin, Johor Bahru ke pertandingan tersebut. Pertandingan bermula jam 8.30 pagi. Jemput hadir.
7 & 8 Ogos 2009 (Jumaat dan Sabtu)
Ujian Silat bagi pesilat-pesilat Gelanggang Jalan Nenas 12, Taman Kota Masai akan diadakan pada 7 & 8 ogos 2009 ( Jumaat dan Sabtu). Program bermula selepas Solat Isyak ( 8.40 malam ). Semua ahli dijemput hadir.
16 Ogos 2009 (Ahad)
Majlis Tazkirah ABJAD MALAYSIA Cawangan Johor sempena menyambut Ramadhan 1430 H akan diadakan pada 16 Ogos 2009 (Ahad malam Isnin ) di Markas ABJAD Cawangan Johor, 148 & 150, Jln Nenas 22, Taman Kota Masai, Pasir Gudang. Program bermula jam 8.30 malam. Semua ahli dan keluarga pesilat ABJAD Cawangan Johor dijemput hadir. Sekian.
5 September 2009 ( Sabtu )
Program Ihya' Ramadhan dan Majlis Tazkirah ABJAD MALAYSIA akan diadakan Di Pusat Pengajian Tinggi
As-Salam Sungai Petani Kedah. bermula dari jam 2 petang hingga Solat Subuh
Semua Ahli seluruh Malaysia dijemput hadir.
As-Salam Sungai Petani Kedah. bermula dari jam 2 petang hingga Solat Subuh
Semua Ahli seluruh Malaysia dijemput hadir.
6 September 2009 ( Ahad )
Mesyuarat Agong Penubuhan Koperasi Darul Munawarah Berhad akan diadakan di Balai Raya Sungai Ayam,
Batu Pahat Johor. bermula jam 4 petang.
Batu Pahat Johor. bermula jam 4 petang.